Diasaskan oleh Tuan Haji Othman Bin Haji Samad yang berhijrah ke Kelantan, Malaysia dari Mekah. Perniagaan ini dijalankan sejak dari 1930 di Kampung Pasir Pekan, Kelantan. Dengan pengalaman menjadi tukang masak istana, Tuan Haji Othman meneruskan perniagaan sehingga tahun 1964.
Legasi ini berterusan apabila Tuan Haji Halim Bin Haji Othman mengambil alih perniagaan ini dengan dikenali sebagai Haji Halim Katering. Pendekatan memasak di rumah ke rumah untuk kenduri perkahwinan diserata Kelantan, melonjakkan nama Haji Halim sebagai salah satu Tukang Gulai tersohor di Kelantan.
Setelah beberapa 4 generasi berlalu, demi untuk memperkenalkan masakan lauk pauk ramuan rahsia keluarga Haji Halim diseluruh Malaysia, kami HAJI HALIM FROZEN FOOD lantik secara rasmi sebagai pengeluar dan pengedar bagi produk SEJUK BEKU Haji Halim.
No comments:
Post a Comment